Rabu, 9 Disember 2009

atuk

atuk...
tahun ini kau kehilangan
kekasih tercinta
aku lihat bendalair putih di birai matamu
hati aku tersentuh melihatnya
aku harap engkau tabah
aku tahu engkau kesunyian
sunyi yang tidak bisa digambarkan
oleh  lafaz
oleh domir
 inilah hakikat hidup seorang insan

Isnin, 23 November 2009

selamat tinggal ipgm kdri

tanggal 25 November 2009
jam 2 petang maka genaplah
setahun aku diambil kursus kpli
ada manis
ada pahit
semuanya mematangkan aku
jika pahit pastinya sukar ditelan
aku biarkan ia berlalu
bak air sungai yang mengalir ke muara
kepada masa-masa yang lalu
aku tetap ingati
kepadaMu Ya Allah
aku mohonkan tabahkan hati ini
aku yakin akan ketentuanMu
terdapat seribu hikmah yang terkandung di dalamnya

Khamis, 19 November 2009

bintang malam

di kala bintang malam mula bersinar
aku masih di sini
memerhati dari jauh kerdipanmu
hingga membuatkan aku terpesona
dengan keindahanmu
tetapi engkau tetap di atas sana
tidak terhitung banyakknya
itulah kuasa Maha Pencipta
bilakah lagi aka akan dapat melihat mu
bintang malam 

Rabu, 18 November 2009

interview

hari ini aku inten rview spp manyak helan, dio tanyo namo montori, isu semaso, fpk,fpek, aku main bantai je, banzaii. memember pun banzai sama. aku harap lulus la interbiu ini sebab aku manyak cakap juger

Selasa, 17 November 2009

petang ini

petang ini
di pantai timur
suasana nya mendung
awan gemawan
memuntahkan air jernih
untuk makluk yang bernama
pepohon hijau
yang menginginkan
nikmat ini
lembut bayu
yang bertiup
menyegagkan sang insan
semoga sang insan bersyukur
dengan nikmat ini

Sabtu, 14 November 2009

malam ini

bayu itu terus bertiup
membawa udara nyaman yang sejuk
menenangkan hati yang resah
mengingatkan aku kepada Nya
betapa kerdilnya aku
aku yang sarat dengan dosa dan noda
tidak terkira banyaknya
ku harapkan keampunan Mu
ku harapkan keredhaan Mu

Ya Allah

Jumaat, 13 November 2009

musim


musim oh musim
kau kian berlalu
engkau tidak menunggu
aku akan merindui saat-saat manis bersamamu
saat-saat bunga kasih mula berputik
saat-saat itu pastinya
akan aku tangisi
akan aku ingati
aku pasrah dengan takdirMu Ya Ilahi.......

Selasa, 10 November 2009

aku tak tahu

posting kpli tahun ini aku tak tahu, aku dengar kabar angin mungkin bulan disember 

Sabtu, 7 November 2009

shukur

alhamdulillah syukur kepada ilahi kerana memberikan peluang untuk menamatkan ujian final kpli

Khamis, 29 Oktober 2009

makan kue teaw goreng

pada 29/9/2009 aku makan teau je dekat padang nenas,

Selasa, 27 Oktober 2009

nasi sedap

nasi sedap kat kedai pengedar di trg/ wakaf tengah, makan ambil sendiri

Ahad, 25 Oktober 2009

tahun ini

aku sangat sedih pada tahun ini kerana nenek yang aku sayangi telah pergi meninggalkan aku buat selamanya. tarikh 19/8/2009 menjadi tarikh yang aku ingati buat selamanya. setiap hari aku takkan lupa hadiahkan surah yasin buat roh beliau

kpli dah nak habis


pada 25/11/2009 adalah tarikh akhir aku jadi guru pelatih. aku tak tahu dapat posting kat mane, aku mintak kat terengganu

Rabu, 21 Oktober 2009

exam oh exam

pada 5/11/09 aku ade exam final kpli/ sesape ade soalan boleh kongsi ngan saya tolong!!!!

Selasa, 15 September 2009

prktikum dah habis

pada 17/9/2009 yang lalu, saya telah abis praktikum. banyak pengalaman dan cerita telah dilalui dan ingin saya kongsikan bersama.

Sabtu, 12 September 2009

aku aabis

13.09.2009 praktikum abis

Selasa, 8 September 2009

Ahad, 30 Ogos 2009

Powered By Blogger