Ahad, 14 November 2010

terima kasih 2010

terima kasih 2010
kerana banyak mengajar aku
erti sebuah kehidupan
erti sebuah kebahgian
erti sebuah kesedihan
erti satu kematangan
terima kasih kepada semua
semoga tahun depan
jumpa lagi

Sabtu, 26 Jun 2010

dibawah bayang semalam

Saat dedaun pintu rumah sewaku dibuka, aku mengelamun jauh di awangan minda yang terhenti seketika. Aku mengenangkan nasib aku di sini, apakah hikmah Yang Maha Esa membawa tubuh yang kerdil ini ke suatu tempat yang belum pernah aku singgahi. Di sini aku sengsara, di sini aku kesedihan, di sini aku menderita, semuanya menjadi temanku setiap masa. Yang sering silih berganti. Sungguh berat dugaan dan ujian yang terpaksa aku terima. Liku-likunya telah membuatkan aku sering terpaku dan termanggu sendirian. Hanya airmata menjadi sahabat ku bila aku terkenangkan masa dan saat yang aku lalui, Ya Allah apakah sebenarnya rahsia disebalik dugaanMu ini. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui perkara yang tidak aku ketahui, Engkau Yang Maha Mengatur setiap makhluk ciptaanMu. Puas aku cuba membohongi jiwa dan kalbu supaya manik-manik putih jernih tidak gugur ke bumi, namun ia tetap juga gugur bersama doa dan harapan bersama cahaya-cahaya kejayaan yang aku inginkan. Kolam airmata ini sudah sentiasa melimpah dan menjadi banjir yang menyelami perasaan ini.

Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan itu, gegendang telingaku telah digetarkan oleh suara seorang teman yang memanggilku. ''Hikari Sota jauh kau mengelamun, kau ada masalah ke?''. ''Tak ada'', aku cuba menjawab pertanyaan itu dengan senyuman dan ketawa kecil. Walaupun di dalam hatiku masih lagi sedih dengan keadaan sekarang......bersambung

Khamis, 24 Jun 2010

ANTARA MAWARKU DAN BIDADARIKU

mawarku, harummu sungguh menusuk
hingga aku terpedaya dengan baumu
mawarku, mengapa aku selalu bersua
mawarku, ada ini satu kebetulan
mengapa kebetulan ini selalu terjadi
makin aku cuba untuk lari
semakin ia menghampiri
sesungguhnya kebetulan ini sangat memeritkan
bagi insan yang begitu pasif di dalam duniamu
mengapakah ia terus berlaku
sedangkan aku tahu engkau bukan milikku
mengapa..mengapa..mengapa
persoalan ini terus bermain di benakku yang semakin kusut ini
mawarku, engkau tetap segar dan berkembang

Bidadariku
kau muncul hanya sementara
mengubat hati yang luka
Kini engkau pun telah pergi
pergi meninggalkan aku
bilakah bidadari yang sebenar akan muncul
menjelma di depan mata
membawa penawar hati yang sedih ini
bidadari yang sebenar...
ataupun sudah takdirnya begitu untuk aku
di dalam dunia ini

Ahad, 25 April 2010

ANTARA AKU, IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN


Dimanakah gadisku itu
Ingin aku ber temu dengan mu
Wahai seorang gadis yang aku impikan
Yang akan mengubati hatiku
Yang terluka
Siksanya masih aku terasa
Tapi dimanakah dikau
Wahai gadisku itu
Lekas engkau ke mari
Supaya hidupku tidak lagi sunyi
Aku bemohon padaMu ya Ilahi
Engkau temukanlah gadisku itu
Engkau bawakanlah gadisku itu
Engkau bukakanlah hatinya itu untuk diriku
Yang hina ini
Engkau campakkanlan perasaan cintanya kepada diriku
Semoga engkau percepatkanlah urusan jodohku
Ya Ilahi
kepadaMU aku berserah
Aku terima sekiranya gadisku
Tiada di alam ini
Tidak wujud di dunia ini

Jumaat, 9 April 2010

aku dan aku

di dalam aku meniti kehidupan
yang kurasakan sudah jauh
yang sarat dengan cerita
suka duka
pahit manis
terlalu banyak
ungkapan dan ilham
yang berlegar-legar di dalam
benak fikiran
seorang Hamba ALLAH
yang telah ditakdirkan
yang telah ditentukan
yang sukar ditafsirkan
oleh pancaindera
yang kadang tersasar
dari lapangannya
redha adalah ubat mujarab
yang tiada di jual
di kedai-kedai ubat
bila menghadap-MU
pastinya aku terasa
aku kerdil
kerana aku tahu
walau sebesar mana
pangkat yang dimiliki
walau sehebat mana bakat yang dikurniakan-NYA
aku tetap milik-NYA
aku bersyukur atas segala pemberian-MU
namun aku tetap aku
aku yang mencari pemberian-MU
di dunia ini
walaupun masih banyak
yang belum kutemui
itulah yang menjadi
pendorong dan semangat
supaya tidak berputus asa
seperti mana yang terdapat dalam sebuah doa
untuk terus hidup
sebagai mana Suruhan-NYA
yang menyuruh
hamba-NYA
mencari tempat
di dunia
mencari kebahagian
di akhirat
sesungguhnya aku dambakan
keseimbangan di dunia dan akhirat
YA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN
YA ALLAH BERIKAN AKU KETABAHAN
hidup di bumi-MU
selagi nafas terkandung di dalam badan
selagi agama-MU dijiwa ini
Dan aku pohonkan engkau tetapkannya
untukku, keluargaku, sahabatku, dan umat MUHAMMAD ini
untuk selamanya
tetapkannya YA ALLAH
AMIN....AMIN...AMIN

Rabu, 24 Mac 2010

Bidadari dunia


Bidadari dunia
Kini kau telah menjelma
Wajahmu seayu seorang puteri
Senyummu semanis lautan madu
Bidadari dunia
Perlumbaan untuk mencuri hatimu kini telah bermula
Peperangan berlaku di sana sini
Sang garuda raksaksa akan ditewaskan
Naga sakti bukan lagi halangan
Lautan api akan menjadi beku dan berbatu
Bidadari dunia
Anak raja kayangan sedang mencarimu
Pahlawan gagah rela berjuang untuk mu
Nelayan di lautan juga turut sama dalam perlumbaan itu
Bidadari dunia
Kau ada kuasa memilih jalan hidup mu
Agar hidupmu bahagia
Bidadari dunia
Siapakah pilihan mu hanya kau yang tahu

Hanya satu peluang

Aku hanya ada satu peluang
Peluang untuk menghampiri
Seorang gadis cantik yang tak pernah termimpi
Peluang untuk berkenalan dengan dirinya
Tuhan telah berikan peluang itu
Aku rasa hidupku menjadi tenang
Setelah suramnya amat panjang
 Akan aku  cuba manfaatkan peluang ini
Sejauh mana aku tak tahu
Aku bukannya tahu berkata-kata seperti mat romeo
Aku hanya seorang manusia biasa
Anak seorang penarek beca
Yang menanti saat-saat yang sebegini
Menjadi sebuah reality yang bukan fantasi
Bagaimanakan ku mula
Tuhan aku bersyukur kepadamu
Kerana menemukan aku
Aku bersyukur kerana rahmatmu
Puas aku mengeluh
Mencari 1001 idea
Untuk menambat hatinya
Tuhan sungguh berat cubaan Mu
Berikan petunjukMu
Sungguh aku tak pasti betapa sulitnya hidup ini
Tuhan jadikan peluang ini sebagai takdirMu

Selasa, 23 Mac 2010

antara jalan dan perjalanan

jalan dan perjalanan adalah arah yang sama
langkah demi langkah adalah mengikut haluan
ada kalanya kaki terpesong dari keinginan
itulah namanya takdir
manusia harus berusaha dan berdoa
hanya doa yang mampu mengubah takdir
hasrat dan keinginan yang tidak tercapai
adalah unfinish bisness yang menjadi pengalaman
pengalaman itu yang membuatkan insan itu menjadi kuat
menjadi kuat untuk hidup
menjadi kuat untuk meneruskan perjalanan hidup

Selasa, 26 Januari 2010

DI BATASI TEMBOK SILAM

WAKTU SILAM MEMANG KENANGAN
ADA  KETIKA  IA MEMBUATKAN HATI
MENJADI GEMBIRA
ADA KETIKA  IA  
MENJADI  DUKA
AKU TERINGATKAN MASA YANG LALU
MASA YANG BAGI AKU SUNGGUH INDAH
YANG TIDAK DAPAT DITUKAR GANTI
WALAU DENGAN WANG BERJUTA-JUTA PUN
AKU TERBAYANGKAN YANG SAAT ITU
WAKTUNYA TIDAK MASIH LAGI MENTAH
PADA SAAT ITU AKU 
MEMANGGIL AYAH!AYAH!AYAH
AKU MEMANGIL IBU!IBU!IBU
AKU MEMANGGIL NENEK
AKU MEMANGGIL DATUK
KINI PASTI AKU DIGENANGI
OLEH AIR SALJU 
YANG MENITIS DARI PIPI
BILA PANGGILANKU TIDAK
DISAHUT OLEH DATUK DAN NENEK
TERASA AKU INGIN KEMBALI SEMULA
KE ZAMAN ITU
TAPI ITU SEMUA ADALAH
BATASAN WAKTU YANG TIDAK DAPAT DILINTASI
HARGAILAH HIDUP YANG SINGKAT INI

(cetusan ini adalah dedikasi kepada manisnyaapple) 

Jumaat, 22 Januari 2010

tahun ini tahun 2010

pada tahun ini aku ditakdirkan untuk berkhidmat di negeri johor,
pada tahun ini dan hari ini dan semalam negeri johor kehilangan sultan yang dikasihi sultan iskandar
pada tahun ini aku terasa kesunyian
pada tahun ini aku cuba berazam untuk terus maju
pada tahun ini aku harap segala perancangan akan menjadi mudah
pada tahun ini aku ajar banyak subjek
pada tahun ini aku ini jadi kuat
pada tahun ini aku ingi terus bersemangat
Powered By Blogger