Rabu, 24 Mac 2010

Bidadari dunia


Bidadari dunia
Kini kau telah menjelma
Wajahmu seayu seorang puteri
Senyummu semanis lautan madu
Bidadari dunia
Perlumbaan untuk mencuri hatimu kini telah bermula
Peperangan berlaku di sana sini
Sang garuda raksaksa akan ditewaskan
Naga sakti bukan lagi halangan
Lautan api akan menjadi beku dan berbatu
Bidadari dunia
Anak raja kayangan sedang mencarimu
Pahlawan gagah rela berjuang untuk mu
Nelayan di lautan juga turut sama dalam perlumbaan itu
Bidadari dunia
Kau ada kuasa memilih jalan hidup mu
Agar hidupmu bahagia
Bidadari dunia
Siapakah pilihan mu hanya kau yang tahu

Hanya satu peluang

Aku hanya ada satu peluang
Peluang untuk menghampiri
Seorang gadis cantik yang tak pernah termimpi
Peluang untuk berkenalan dengan dirinya
Tuhan telah berikan peluang itu
Aku rasa hidupku menjadi tenang
Setelah suramnya amat panjang
 Akan aku  cuba manfaatkan peluang ini
Sejauh mana aku tak tahu
Aku bukannya tahu berkata-kata seperti mat romeo
Aku hanya seorang manusia biasa
Anak seorang penarek beca
Yang menanti saat-saat yang sebegini
Menjadi sebuah reality yang bukan fantasi
Bagaimanakan ku mula
Tuhan aku bersyukur kepadamu
Kerana menemukan aku
Aku bersyukur kerana rahmatmu
Puas aku mengeluh
Mencari 1001 idea
Untuk menambat hatinya
Tuhan sungguh berat cubaan Mu
Berikan petunjukMu
Sungguh aku tak pasti betapa sulitnya hidup ini
Tuhan jadikan peluang ini sebagai takdirMu

Selasa, 23 Mac 2010

antara jalan dan perjalanan

jalan dan perjalanan adalah arah yang sama
langkah demi langkah adalah mengikut haluan
ada kalanya kaki terpesong dari keinginan
itulah namanya takdir
manusia harus berusaha dan berdoa
hanya doa yang mampu mengubah takdir
hasrat dan keinginan yang tidak tercapai
adalah unfinish bisness yang menjadi pengalaman
pengalaman itu yang membuatkan insan itu menjadi kuat
menjadi kuat untuk hidup
menjadi kuat untuk meneruskan perjalanan hidup
Powered By Blogger